News & Events
Peraduan JOM! Senang Je! Menang @ Econsave
Tempoh Peraduan: 1 bulan (15 Januari hingga 15 Februari 2022)
Hadiah-Hadiah Peraduan:
Hadiah Utama : RM500 Baucar Econsave x 1 Pemenang
Hadiah Sagu Hati : RM50 Baucar Econsave x 80 Pemenang
Cara Penyertaan
Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-
Langkah 1:
Beli mana-mana produk Mi Cintan bernilai RM10.00 dan ke atas dalam satu Resit Rasmi Econsave. Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama produk Cintan bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu (1) penyertaan peraduan.
Langkah 2:
Hantar butiran di bawah melalui WhatsApp ke 016-419 6671
– Gambar Resit Rasmi pembelian
– Nama Penuh
– Nombor Kad Pengenalan
– Nombor Resit Rasmi
Lampiran gambar hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti pembelian produk dan jumlah pembelian produk Mi Cintan. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
b) Gambar resit hendaklah jelas dan boleh dibaca. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
Langkah 3:
Simpan Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan.
Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah resit yang dihantar.