Salad Mi Cintan Ayam Bakar

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 keping Mi Cintan Tanpa Goreng dicelur sehingga masak
  • 1 biji mangga dipotong dadu
  • ½ biji betik masak dipotong dadu
  • 5 biji tomato ceri dihiris empat
  • 1 batang timun dipotong separuh bulat
  • 2 cawan tauge hijau (pea sprout)
  • 1 biji jus lemon
  • 2 sudu madu
  • 3 sudu minyak jagung
  • Sedikit lada dan garam mengikut cita rasa
Ayam Bakar :
  • 1 keping dada ayam
  • Sedikit serbuk lada
  • Sedikit garam
  1. Campurkan minyak, madu dan jus lemon, kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan mangga, betik, timun, pea sprout, tomato dan juga Mi Tanpa Goreng Cintan, lalu digaul sehingga sebati. Ubah suai rasa dengan lada dan garam mengikut cita rasa anda. Ketepikan.
  3. Perapkan ayam dengan lada dan garam seketika. Kemudian bakar di atas pan dengan sedikit minyak sehingga masak.
  4. Setelah masak, hiris dan hidangkan dengan salad Mi Tanpa Goreng Cintan tadi.