Asam Pedas Sardin Yeo’s

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 tin 425gm Sardin Yeo’s diambil isinya
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 batang serai dititik kasar
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1⁄2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  1. Tumis bahan yang dikisar, serai bersama sedikit minyak sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan air asam jawa. Biarkan mereneh sebentar.
  3. Selepas itu, masukkan ikan Sardin Yeo’s dan air masak. Biar hingga hampir mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum dan biarkan sehingga pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Tips:

Asam pedas boleh ditambah dengan bendi, terung ataupun tomato untuk memberi sedikit kelainan.