Bergedel Mi Cintan Kari Ayam

Saiz Hidangan : 4 – 5 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 keping Mi Tanpa Goreng Cintan (dicelur hingga masak dan tuskan)
  • 1 tin Kari Ayam Yeo’s (diambil isinya dan diracik halus)
  • Batang saderi (dihiris halus)
  • Sedikit cili (dicencang halus)
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam (secukup rasa)
  • 2 biji telur (dipukul kembang)
  1. Campurkan isi Kari Ayam Yeo’s, saderi, cili, daun ketumbar dan Mi Tanpa Goreng Cintan ke dalam bekas.
  2. Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  3. Bulat-bulatkan bahan tadi dan leperkan. Celup dalam telur dan goreng hingga masak.
  4. Pastikan api tidak terlalu besar supaya bergedel tidak hangus.