Recipes
IngredientsInstruction
- 750ml minuman Yogurt Perisa Anggur Yeo’s
- 250gm buah anggur dihiris nipis
- 1 pek biskut jejari (Lady Finger)
- 1 cawan susu pekat manis
- 1⁄2 cawan susu cair
- 1 sudu kecil garam
- Campurkan Yogurt Perisa Anggur Yeo’s, susu pekat, susu cair dan garam. Kacau sehingga sebati.
- Susunkan Lady Finger ke dalam acuan, kemudian tuang adunan sehingga menutupi biskut itu.
- Selepas itu, taburkan anggur dan susun agar rata. Ulangi langkah sehingga adunan habis.
- Akhir sekali taburkan anggur dan sejukkan semalam sehingga beku.
- Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Tips:
Pelbagai jenis buah-buahan lain juga boleh digunakan untuk resipi ini.