Fritata Mi Cintan Sayuran dan Keju

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 keping Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan (dicelur)
  • 2 biji bawang merah (dimayang)
  • 250g cendawan butang putih (dihiris nipis)
  • 1 ikat bayam merah (diambil daunnya)
  • 10 biji tomato ceri
  • 100g keju feta (dipotong dadu)
  • 5 biji telur (dipukul hingga kembang)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 kiub stok ayam
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga sedikit kuning.
  3. Masukkan daun bayam dan tumis seketika.
  4. Masukkan cendawan, tumis sehingga separuh masak.
  5. Satukan bahan yang ditumis bersama Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan, gaulkan sehingga sebati dan masukkan ke dalam bekas.
  6. Di dalam bekas lain, masukkan telur, susu, stok ayam dan lada hitam. Kacau dan tuangkan ke dalam bekas Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan tadi.
  7. Susun keju feta dan tomato ceri di dalam acuan dan bakar selama 30 minit.
  8. Sejukkan seketika barulah dipotong dan sedia untuk dihidangkan.