Ikan Selar Goreng Dengan Taucu Pedas

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 ekor ikan selar (saiz besar) dicuci bersih dan dikelar sedikit
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ¼ sudu kecil garam
  • 3 sudu besar Taucu Pedas Yeo’s
  • 5 biji cili merah (dikisar halus)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 biji bawang besar (dikisar halus)
  • ¼ cawan air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  1. Ikan dilumur dengan serbuk kunyit dan garam seketika.
  2. Goreng ikan sehingga sedikit garing dan ketepikan.
  3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan Taucu Pedas Yeo’s dan tumis lagi sehingga garing.
  4. Masukkan air asam jawa dan kacau supaya bahan tumisan tidak hangit.
  5. Tambahkan gula dan garam untuk seimbangkan rasa (jika perlu).
  6. Masukkan gula dan seimbangkan rasa, tambahkan garam secukup rasa (jika perlu).
  7. Akhir sekali, masukkan ikan dan gaul agar sambal taucu sebati. Sedia untuk dihidangkan.