Kek Lobak Seri Kaya

Saiz Hidangan : 4 – 6 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
Kek :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tin Seri Kaya Yeo’s (300g)
  • ½ cawan susu pekat
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan lobak merah (disagat)
  • 1 cawan kelapa kering
  • ½ cawan kuaci bunga matahari
  • 1 biji kulit lemon (diparut)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikabonat
  • 1 sudu esen vanila
  • 2 sudu serbuk kayu manis
Krim Keju Lemon:
  • 200g krim keju
  • 200ml krim putar
  • ¼ cawan gula
  • 1 biji jus lemon
Kek :
  1. Panaskan pengukus dan pastikan air mencukupi.
  2. Satukan tepung serbuk penaik, soda bikabonat dan serbuk kayu manis dan ayak hingga adunan bercampur.
  3. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan Seri Kaya Yeo’s, esen vanila dan susu pekat. Gaul rata.
  4. Masukkan minyak ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. Kemudian, kaup balikkan (fold) adunan tepung yang sudah diayak perlahan-lahan dan pastikan adunan rata.
  5. Seterusnya, masukkan lobak merah, kelapa parut kering, kuaci dan kulit lemon ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
  6. Oles acuan dengan sedikit minyak kemudian masukkan adunan kek dan pastikan acuan ditutup dengan aluminium foil supaya air tidak masuk ke dalam adunan.
  7. Kukus selama sejam. Setelah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dihias dengan krim keju lemon.

Krim Keju Lemon : Putarkan semua bahan sehingga kembang. Kemudian, sapukan ke seluruh kek. Hiaskan mengikut kreativiti anda.