Kuih Mi Cintan Berlauk

Saiz Hidangan : 6 – 8 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 keping Mi Tanpa Goreng Cintan siap dicelur
  • 2 tin 160gm Sambal Udang Yeo’s
  • 200ml santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air
  • 1⁄2 cawan udang kering
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun bawang dan cili hiris untuk hiasan
  1. Panaskan pengukus dengan air yang mencukupi.
  2. Sementara itu pukul telur dan santan sehingga sebati. Masukkan tepung lalu gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Masukkan Mi Tanpa Goreng Cintan dan gaul. Perasakan dengan garam dan lada.
  5. Kukus selama 20 minit kemudian sejukkan seketika.
  6. Tuangkan Sambal UdangYeo’sdengan rata di atas kuih dan tabur dengan cili, daun bawang dan udang kering.
  7. Kukus lagi selama 10 minit. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia untuk dihidangkan.