Recipes
IngredientsInstruction
- 2 peket Mi Cintan perisa Tom Yam (celur hingga separuh masak dan tuskan)
- 1 tin Sardin Yeo’s (dibilas dengan air dan dicencang kasar)
- 1 batang lobak merah (disagat)
- 1 biji bawang Bombay (dipotong dadu)
- 3 biji telur (dipukul sehingga kembang)
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan Sardin Yeo’s, kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan bahan yang telah ditumis dengan Mi Cintan.
- Tambahkan serbuk perisa tom yam dan minyak Mi Cintan Tom Yam, kacau dan masukkan telur. Gaul sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam pan dan tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam pan. Masak hingga garing.
- Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar supaya martabak tidak hangit. Enak dihidangkan dengan acar bawang atau mayones.
Tips: Minyak yang digunakan untuk menggoreng haruslah betul-betul panas supaya hasil gorengan kita betul-betul garing.