Mi Cintan Goreng Istimewa

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 3 keping Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan dicelur separuh masak
  • 6 ulas bawang putih dicincang kasar
  • 100gm isi udang dibersihkan
  • 100gm kek ikan dihiris nipis
  • 1⁄2 biji kubis cina disagat halus
  • 1 batang lobak merah disagat kasar
  • 10 biji ceri tomato
  • 2 biji telur dipukul
  • 1 kiub stok ayam
  • Sedikit air dan minyak
  • Garam dan lada secukup rasa
  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan tomato, udang, kek ikan, lobak merah, stok ayam dan sedikit air.
  3. Masukkan telur, kubis cina dan Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan lalu digaul mesra.
  4. Perasakan dengan garam dan lada mengikut cita rasa.
  5. Sedia dihidangkan.
Tips:
  • Enak dihidangkan dengan hirisan cili potong dan limau.
  • Pastikan mi dicelur tidak terlalu masak supaya mi tidak lembik bila digoreng.