Recipes
IngredientsInstruction
- 4 keping Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan dicelur separuh masak (biarkan berkeping-keping)
Sos Daging:
- 200gm daging batang pinang dihiris nipis
- 2 biji bawang Holland dicincang halus
- 1 tin tomato dalam tin
- 1 cawan air
- 4 sudu sos tomato
- 1 biji kiub ayam
- 1 sudu teh herba Parsley kering
- Garam dan lada secukup rasa
Bahan Sos Keju:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan keju cheddar parut
- 2 cawan susu segar
- Sedikit lada
- Sedikit keju cheddar untuk ditabur sebelum dibakar
Sos Daging
- Tumiskan bawang Holland sehingga naik bau, masukkan tomato dalam tin dan masak sehingga tomato mereneh.
- Kemudian masukkan daging, stok ayam dan sos tomato dan air, masak seketika.
- Tambahkan Parsley kering dan ubah suai rasa dengan garam dan lada.
- Reneh sehingga daging empuk dan ketepikan.
Bahan Sos Keju
- Panaskan susu kemudian masukkan keju cheddar dan panaskan sehingga adunan sebati.
- Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit, panaskan sehingga pekat dan tidak bergumpal. Ketepikan.
Lasagna
- Tuangkan sedikit minyak ke dalam acuan dan sapu rata.
- Kemudian susunkan Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan ke dalam acuan.
- Selepas itu, tuangkan adunan sos daging dan pastikan disusun rata.
- Seterusnya, tuangkan sos keju dan ulang sekali lagi proses tadi.
- Akhir sekali taburkan keju cheddar kemudian bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 40 minit sehingga masak.
- Pastikan lasagna disejukkan dahulu sebelum dihidangkan.