Mi Rebus Cintan

Saiz Hidangan : 4 – 6 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 4 keping Mi Tanpa Goreng Cintan siap dicelur
  • 2 tin 160gm Sambal UdangYeo’s
  • 1 tin 280gm Kari Ayam Yeo’s
  • 500gm labu direbus dan dilecek
  • 500gm ubi keledek direbus dan dilecek
  • 1 batang serai dititik
  • 1 liter air
  • Sedikit minyak untuk menumis
bahan-bahan mi:
  • 300gm udang harimau
  • 5 biji telur
  • 2 keping kek ikan
  • 4 keping tauhu goreng
  • Sedikit cili dipotong
  • Sedikit daun ketumbar
  1. Panaskan minyak dan masukkan serai, tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan Sambal UdangYeo’s dan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan labu dan keledek lecek lalu digaul sehingga sebati.
  3. Tambahkan air dan biar sehingga mendidih.
  4. Udang dan telur direbus sehingga masak.
  5. Mi Tanpa Goreng Cintan boleh dihidangkan dengan kuah dan
    disertakan isi udang, telur rebus, hirisan kek ikan, tauhu, cili potong, daun ketumbar dan apa saja mengikut cita rasa anda.
Tips:

Pelbagai sayuran hijau juga boleh ditambah bagi memberikan sedikit kelainan.