Recipes
IngredientsInstruction
- 1 tin 480gm Seri Kaya Yeo’s
- 1 1⁄2 peket 250ml Susu SoyaYeo’s
- 3 biji telur gred A
- 1⁄2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil garam
- 1⁄4 cawan gula untuk karamel
- Panaskan gula di dalam loyang sehingga cair dan bertukar warna perang.Ketepikan.
- Kemudian, pukul telur dan masukkan Seri Kaya Yeo’s dan pukul sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan garam, esen vanila dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Pastikan sebati.
- Seterusnya, tuang Susu Soya Yeo’s sedikit demi sedikit dan gaul. Pastikan adunan tidak berketul.
- Masukkan ke dalam loyang tadi lalu kukus selama sejam sehingga masak.
- Sejukkan sebelum dihidangkan.
Tips:
- Pastikan air mencukupi untuk mengukus.
- Untuk mendapatkan puding yang licin dan cantik adunan boleh ditapis sebelum dituang ke dalam loyang.