Recipes
IngredientsInstruction
Puding :
- 8 keping roti putih atau wholemeal (dipotong kiub sederhana besar)
- 3 biji telur (dipukul hingga kembang)
- 5 biji pisang (dibelah dua)
- 1 tin Seri Kaya Yeo’s (300g)
- ½ cawan minyak jagung
- 2 sudu kecil esen vanila
- 500ml susu segar
- Garam
Krim Anglaise :
- 200ml susu segar
- 50gm gula
- 2 biji telur
- 2 sudu kecil esen vanila
- Sedikit garam
Puding :
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Campurkan telur, Seri Kaya Yeo’s dan minyak, kacau sehingga rata.
- Tambahkan susu, esen vanila dan garam. Kacau hingga sebati.
- Susunkan roti dan pisang ke dalam loyang dan tuang adunan tadi. Biarkan seketika supaya adunan meresap ke dalam roti.
- Bakar selama 45 minit sehingga masak.
Krim Anglaise :
- Panaskan susu dengan santan (tapi tidak mendidih).
- Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan tuangkan sedikit susu panas ke dalam mangkuk telur. Kacau dan tuangkan kembali ke dalam periuk susu tadi.
- Sentiasa kacau supaya telur tidak berketul. Kacau sehingga pekat.
- Simpan di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama puding roti Seri Kaya Yeo’s tadi.
Tip:
- Hidangan ini boleh dibahagikan dua cara, sama ada panas atau sejuk.
- Pelbagai jenis buah kering ataupun segar boleh dimasukkan ke dalam puding ini untuk memberikan sedikit kelainan.