Pulut Lapis Sambal Udang

Saiz Hidangan : 2 – 3 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 500g beras pulut (dibersihkan, direndam 4 jam dan dituskan)
  • 250ml santan
  • Sedikit garam
  • 1 tin Sambal Udang Yeo’s
  • Sedikit minyak
  1. Panaskan pengukus. Kukus pulut sehingga separuh masak
  2. Gaulkan santan dengan garam dan tuangkan ke dalam pulut dan gaul agar sebati. Kukus sehingga pulut masak dan lembut
  3. Sapukan sedikit minyak pada keliling bekas acuan. Kemudian, masukkan pulut ke dalam supaya membentuk lapisan nipis. Tekap supaya padat
  4. Seterusnya, lapiskan pulut dengan Sambal Udang Yeo’s. Ulangi proses melapis sehingga bekas penuh
  5. Keluarkan pulut dari bekas dengan menterbalikkan bekas. Sedia untuk dihidangkan.

Tip: Pastikan tekap dengan padat supaya bentuk pulut menjadi cantik. Jangan melapis terlalu tebal atau terlalu nipis.