Telur Kukus Mi Cintan

Saiz Hidangan : 4 – 6 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 keping Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan siap dicelur
  • 3 biji telur
  • 4 tangkai daun kucai dipotong sederhana tebal
  • 3 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • 2 keping daging salai dihiris nipis
  • 1 kiub stok ayam
  • Sedikit cili dipotong kecil
  • Sedikit garam dan lada hitam
  1. Panaskan pengukus dengan air yang mencukupi.
  2. Sementara itu pukul telur sehingga kembang dan masukkan kesemua bahan lalu digaul rata.
  3. Perasakan dengan lada dan garam mengikut cita rasa.
  4. Kemudian kukus sehingga masak.
  5. Sejukkan seketika sebelum dipotong. Sedia untuk dihidangkan.
Tips:

Untuk memvariasikan rasa, telur kukus boleh dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti udang, isi ketam, ayam ataupun tauhu mengikut pilihan anda.